HIAS KERETA PENGANTIN

HIAS KERETA PENGANTIN

12 January 2010

Gubahan Bouquet



Saya rasa tenang selain melihat betapa cantiknya hiasan bunga-bungaan bila diletak ditempat yang sesuai......

Bermula dengan suka-suka, kerana minat pada gubahan dan susunan bunga-bungaan dalam pasu samaada bunga hidup atau bunga mati yang bermacam bentuk, tidak hairan lah kalau ada idea yang berkenan di hati....sesuai diceduk bentuk atau hiasanya dari kedai-kedai gubahan bunga di sekitar Johor Bahru.Lihat Blog

Bunga Bouquet





Menggubah bunga Bouquet mula manjadi minat saya setelah melihat beberapa kedah bunga dan kedai cokelat menggubahnya cara baru bagi menarik perhatian orang ramai yang melalui kedai mereka. Saya mula mencuba dengan susunan bunga dan kertas warna yang simple saja dulu....

Hasilnya amat-amat saya berpuas hati.... Kebetulan keputusan UPSR 2009 akan diumumkan.... kawan-kawan tahu saya boleh membuatnya...maka saya diberi tanggungjawab untuk menggubah 8 bunga Bouquet ini untuk dihadiahkan kepada anak-anak mereka yang mendapat keputusan cemerlang dan Guru Besar akan menghadiahkan kepada calon yang mendapat keputusan cemerlang 5A.....

Dengan sokongan dari suami, saya berjaya menggubahnya dan yang paling membuat saya terharu ialah pujian demi pujian dari kawan-kawan di sekolah tempat saya bertugas....

Gubahan bunga kereta













Setelah bersengkang mata untuk menghasilkan yang terbaik...... saya akan meminta kerjasama dari my habee untuk matching kan antara warna dengan mana-mana latarbelakang......sama ada untuk kereta, pasu bunga atau pun hiasan dinding...... bunga sepeti di gambar sebelah adalah hasil gubahan untuk dipadamkan dengan warna kereta... dimana tema yang diminta oleh pelanggan saya adalah mereh tua dan putih.....

Untuk ini saya akan mencari bunga yang terbaik untuk penghasilan satu gubahan yang kami utamakan kepuasan pelanggan..... dan harga gubahan yang kami kenakan adalah sangat berpatutan.....pada harga seperti ini saya akan sertakan denga set bunga tepi pintu dan belakang kereta yang diambil kira harga barang dengan upah menggubah dan memasang antara RM250.00 hingga RM450.00 bergantung kepada kehendak pelanggan..... contohnya jika pelanggan inginkan lebih bunga pada gubahan....kami akan mengira kosnya dengan upah menggubahnyer......

05 January 2010

Gubahan Kereta Pengantin







Bersama my hubby sedang memasang gubahan bunga pada kereta Rolls Roys milik Datuk Ismail di Taman Bukit Rinting pada 08 Januari 2010 lalu. Padanan dengan warna Kuning Keemasan bersama kain nett warna Putih untuk disesuaikan dengan warna kereta.......Fuh' ngeri jugak bila menghias kereta ni.....takut calar pulak. Tapi kerana kami diberi kepercayaan untuk hiasan ini, kami jadikan sebagai pengalaman pertama...
Ini kerana kerja suka-suka ini boleh membuah kan rasa puas hati yang tidak terhingga....
Kami bersedia untuk mengambil tempahan untuk hiasan kereta pengantin.
Tak kira apa jua kerja yang nak kita lakukan ia mestilah disertakan dengan minat....jika tidak ada minat, hasil kerja tidak akan terhasil satu gubahan atau hiasan yang sempurna...... dan kita tidak ada rasa itu adalah yang terbaik.....